Sunday, June 10, 2012

REJAB BULAN ALLAH

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلنا رمضان YA ALLAH berkatilah kami pada bulan REJAB dan SYAABAN dan sampaikanlah kami ke bulan RAMADHAN

Thursday, November 19, 2009

SELAMAT BERKOBAN !!!

Assalamualaikum semua..apa habaq.. tu dia aih,dah berapa zaman tak tau la tak hantaq post baru.. bukan pa, lupa password sbnqnya(hrp2 alasan blh dtrima kot hihihi)..
Lani kuliah tak berapa nak rancak dah, sebab banyak madah yang dah habis disyarahkan oleh Doktor dan Dokturoh.. lagipun nak cuti dah..sebab nak Raya Korban.. sebab tu ana letak tajuk "selamat berkorban".. dalam maksud dia tu.. bagi yang paham la.. yang tak paham buat-buat paham je lah..boleh? Sebenarnya perkataan "selamat berkorban" tu ana dapat daripada kawan ana.. so, kira ana bukan reka sendiri, kira amanah la kan, sebab habaq kebenaran, betoi dak??
Selalunya kalau ucapan untuk Raya Haji ni orang ucap: "Selamat Hari Raya Haji", "Selamat Hari Raya Aidil Adha", Selamat Hari Raya Korban", "Salam Aidil Adha'.. dan last sekali.. Maaf Zahir & Batin.. kan kan? ha.. sbb tu bila ucap "selamat berkorban" ni ana ckp dalam maksudnya.. pakat2 pikiaq noh..

Friday, August 21, 2009

Cerpen; HALAWAH ILMU

Ting tong, ting tong.. loceng syaqah Maryam Muqoddasah berbunyi. “Min??”, terdengar suara daripada tuan rumah bertanya. “Ana malizi”, jawab suara dari luar. Kemudian Aishah, salah seorang daripada ahli syaqah tersebut membuka pintu. Owh.. enti Maryam. Minin enti?, Tanya Aishah sambil menghulurkan tangan, bersalaman dan berpelukan yang sudah menjadi kebiasaan mahasiswi Al-Azhar di bumi Mesir ini. Ana min Masjid Al-Azhar, talaqqi dengan Syeikh Sayyid Syaltut. Usul fikh, hari ni belajar bab Al-Amru. Best sangat, Syeikh syarah dengan detail, walaupun ana dah ngaji dah kitab tu dalam bahasa melayu dengan guru ana sebelum ni, tapi apabila Syeikh syarah pulak dalam bahasa arab, ana lebih nampak. Lebih jelas dan terang. Selain tu dapat tambah prosa-prosa baru dalam bahasa Arab. Banyak faedah sebenarnya kita berdamping dengan ulamak ni.

Sambil menuangkan jus manga sejuk kegemaran sahabatnya ke dalam gelas, mereka meneruskan perbualan.

Wah wah wah,Ustazah Maryam kita, ana tanya satu soalan ja, panjang lebar dia berceramah. Macam ni la mahasiswi yang dinanti-nantikan kepulangannya untuk mengislah masyarakat Malaysia yang kian parah penyakit yang melanda. Ana kasihan sebenarnya dengan masyarakat kita di Malaysia. Mereka sebenarnya bukan tidak sedar bahawa sebenarnya mereka jahil, diri dan jiwa mereka dijajah, tapi mereka tak jumpa orang yang nak bawa mereka, yang nak pandu mereka ke jalan yang benar. Tambah-tambah ustazah macam kita ni la yang amat perlu mamainkan peranan, berani masuk dalam masyarakat. Dalam setahun bukan sikit ustaz ustazah yang balik dari bumi Al-Azhar ini, tapi malangnya mereka lebih suka memilh jalan untuk menyendiri daripada masuk dalam masyarakat. Tiada gunanya kalau hanya di sini gah berkokok di sana sini, tetapi diam membisu di Malaysia. Golongan yang macam ni yang akan jadi fitanah kepada kita semua, mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar.

Ewah ewah, Ustazah Aisyah, mengata dulang paku serpih, kata kat orang dia yang lebih. Tapi tak pa, dalam bab ni, kita memang kena tekankan, sebab masih ramai yang pilih untuk lena daripada jaga hidup di bumi kinanah ini. Mereka sebenarnya tak sedar, bahawa telah melakukan dosa kerana menipu ibu dan ayah sendiri. Sebelum datang ke Mesir, berjanji untuk belajar, tambah ilmu, tampung segala kekurangan, tapi tengoklah berapa kerat yang boleh istiqomah dengan majlis ilmu? Selebihnya hanya menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan manfaat. Kalau pun datang ke majlis ilmu hanya untuk memenuhi syarat. Sekurang-kurangnya kalau mak ayah tanya nanti, boleh la juga jawab, mengatakan bahawa dia pergi, walaupun sekali, janji pergi. Betul tak?. Itu sebenarnya sebab tiada istiqomah dalam diri. Tiada rasa kemanisan untuk duduk lama dalam majlis ilmu. Cepat mengantuk, cepat boring. Kalau dalam bahasa kasar sikit, kira nak blah ja.. takdan panas punggung.

Ana ingat lagi kalam guru ana, istiqomah itu lebih baik dari seribu keramat. Istiqomah ialah melazimi melakukan perkara kebaikan. Walaupun sedikit tidaklah menjadi masalah. Janji berterusan.Kalau tak mampu nak buat semua, tapi jangan sampai tinggal semua.

“Betul tu Maryam, ana sokong enti. Memang benda baik ni susah nak buat kalau tak mula, tapi kalau dah mula, tak pa dah. Dah jadi kebiasaan pulak”.

“ Eh Aisyah kita dok sembang lama dah ni, ana tak nampak pun ahli rumah enti yang lain. Mereka ke mana?”

“Biasalah Maryam, musim panas ni kan panjang, macam-macam aktiviti di luar rumah, yang ada cuma Husna, tapi entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu, ana pun tak tahu. Dari pagi asyik memerap dalam bilik sahaja”.

Kreakkk.. terdengar pintu bilik dikuak.. muncullah seorang lagi ustazah azhariah dari dalam bilik pertapaannya.

“Ha, Husna, sihat noh.. lama betul tak jumpa dengan enti.. enti buat apa dalam bilik tadi?” soal Maryam kepada Husna sambil mereka bersalaman.

“Hihihi.. saja..dok bertapa depan leptop. Tengok isu-isu semasa”, jawab Maryam acuh tak acuh.

“ Baguslah kalau enti buat apa yang dikata, jangan melencong sudah”, balas Maryam dalam nada yang agak menyindir, kerana dia sudah maklum fe’el sahabatnya yang seorang ini.

“Ya,itulah yang diharapkan”, sampuk Aisyah.

“Ish mak cik berdua ni asyik membebel aja, daripada tadi ana dengar, tak dak kerja lain ka?”, balas Husna apabila merasakan diri disindir.

“Betul ke enti dengar apa yang kami percakapkan tadi? Ana rasa kalau betul enti dengar, enti takkan cakap kami membebel. Bahkan kami tak bual kosong, sepertimana enti berbual kosong dalam chat room tu”,potong Aisyah mempertahankan hujah.

“ Ok la. Ok la. Ana mengaku, ana tak dengar pun perbincangan antuma tadi. Ana cuma dengar suara sayup-sayup saja, sebab pintu bilik ana tertutup rapat tadi. Tak dapat tangkap pun perbualan antuma. Ana ni pula bukan jenis telinga lintah, sengaja nak curi dengar perbualan orang. Tapi, macammana antuma boleh tau ana berchatting? Kasyaf ke ni? Uish, bahaya ni”, balas Husna merendahkan suara kerana sudah terperangkap oleh sahabat-sahabatnya.

“Hmmm..tak dak apa yang kasyaf nya, benda dah jadi balwa, dah ‘adi”, usik Aisyah.

“ Ye lah.. betul la tu, memang la ana chatting, tapi ana bukan bual kosong”, tungkas Husna.

“Ya, bukan bual kosong, tapi dengan bukan sama jantina kan?”, balas Aisyah kembali.

“Eh, itu semestinya. Kalau yang sama jantina ni, bukan lama mana sangat nak chat. Setakat cakap yang penting, tanya sikit-sikit saja, selepas tu sudah la. Cepat boring. Kalau nak sembang lama sikit pun, perlu disertai dengan mengumpat, mengata orang, mengadu domba, haa.. yang tu jadi panjang la sikit perbualannya. Sebab itulah, di penjara dunia, memang tak dinafikan ramai kaum lelaki, tetapi di penjara akhirat, neraka Allah, kaum perempuan yang ramai. Sebab mengumpat, mengutuk, mengadu domba orang, menceritakan keburukan orang, tak masuk penjara di dunia ni. Tapi ingat, hukum tuhan takkan terlepas untuk golongan-golongan macam ni”, hurai Husna panjang lebar.

“Baguslah kalau enti ada kesedaran macam tu. Ana sayang sebenarnya sahabat-sahabat ana ni. Sedaya upaya untuk menjaga ukhuwwah kita ni. Apa lah sangat kita ni, kalau duduk seorang. Kad sim kalau sekeping, senang untuk dikepak, dipatahkan, tapi kalau disusun banyak-banyak, dah tentulah tak boleh. Macam tu sebenarnya peranan kita dalam persahabatan, saling melindungi dan mempertahankan.Tidak dapat tidak, mesti bergaul,berukhuwwah. Tapi sekadar adanya. Kawan yang boleh bimbing kita, yang boleh ajak kita ke jalan Allah. Kalau setakat nak kawan waktu senang je, lebih baik tak berkawan. Waktu dia susah cari kita, tapi, waktu dia senang, lempar kita jauh-jauh, macam itukah sahabat?”, soal Maryam.

“Sahabat yang kita nak, yang boleh pandu kita.Kalau kita lemah dia bantu, kalau kita terlajak, dia tarik”, balas Aisyah sebagai memberi respon kepada pertanyaan Maryam.

“Entahlah Maryam, Aisyah, ana sebenarnya bukan nak sangat pun bertapa di depan leptop tu, tapi ana boring, tak tau nak buat apa, sebab itu yang ana chat tu, tengok friendster, space book, maka akan bertambahlah kawan ana. Bukankah kita perlu berukhuwwah, inilah salah satu jalannya, rapatkan ukhuwwah dengan chat, sembang-sembang kosong”,gurau Husna.

“Tak da maknanya berukhuwwah macam tu cik adik sayang oiii, bukan salah satu jalan, tapi memang salah jalan tu.Itu lah enti, time ana ajak enti pergi mengaji dengan ana, enti mengelat, berdalih sana sini. Kalau pergi mengaji tak lah enti rasa boring. Kita nak dok kat Mesir ni bukan selama-lamanya. Paling maksimum 4 tahun sahaja. Ingat 4 tahun tu lama ke? Ingat cukup ke nak penuhkan ilmu di dada tu kalau tak bersungguh-sungguh, tak da mujahadah yang kuat. Lain la kalau ,memang sudah niat awal-awal lagi nak hidup dan mati aku di sini. Tak habis-habis nak habiskan beras mak bapak. Lepas tu, nak tau tak..bila kita nak sedar bahawa kita ni tak da ilmu? Bila balik Malaysia nanti la. Balik kampung, orang mintak bagi tazkirah, terketar-ketar, habis kuat, buka internet, cari sumber, entah betul entah tidak ilmu yang nak disampaikan.Sampaikan juga walaupun terawang-awang kebenarannya. Itu namanya tak amanah dengan ilmu. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kita tak mau langsung nak paksa diri duduk bertalaqqi, manjakan sangat diri. Konon rasa macam diri tau semua. Nak tau tak, sebenarnya, lagi kita dok mengaji, lagi kita akan rasa banyak yang kita tak tahu.Baru nak sedar yang diri tu jahil sebenarnya. Tapi tu kira orait lagi,yang lebih teruk, dah la jahil, tak sedar pula yang diri tu jahil. Sombong pula. Bodoh sombong orang panggil. Ha.. golongan macam ni memang danger, orang kata apa kat dia, bukan nak ikut dah, dia aja yang betul semua”, laju Aisyah menuturkan kata.

“Huish..berapi juga kata-kata enti ni noh,agak-agak,kalau enti cakap kat masyarakat umum,mereka boleh terima ke?, kata Husna meninggalkan satu persoalan.

“ Ha..dah tentu-tentulah tak boleh. Ana cakap macam ni sebab ana tau di depan ana sekarang ni siapa. Kawan-kawan ana, yang ana tau, hati macammana, samada boleh terima ke tak, yang dah matang, boleh tapis buruk baik yang ana cakap. Sebab tu ana boleh cakap macam tu. Kita klu nak berdakwah orang kena ada cara. Kenal siapa yang kita nak dakwah tu. Kalau orang yang cetek ilmu pengtahuannya, kita kena guna uslub lain pula, guna pendekatan yang sederhana, yang akal mereka boleh terima. Ada faham?”, jawab Aisyah kembali.

“Faham cikgu, hihihihi.. Betul ni kalau ana ikut enti pergi mengaji, enti boleh jamin ana takkan boring? Cuti musim panas ni bukan sat. Empat bulan tu..huh.. kalau kerja gaji dah empat ribu”, sahut Husna dalam nada yang agak lucu.

“Oit cik adik, buka visa tengok, mai nak mengaji ke nak kerja? Alah, kalau kerja mengadap leptop tu pun bukannya boleh buat duit. Lain lah kalau terjemah kitab ke, jadi novelis ke, ada juga faedahnya. Empat ribu tu kalau diterjemahkan dengan ilmu selama empat bulan,fuh..jauh bezanya, bagaikan langit dengan bumi. Jom la ikut ana pergi dulu. Jangan cakap banyak. Inilah kelemahan orang Melayu kita. Cakap banyak buatnya tidak. Aduh, malu ana jadi orang Melayu. Asyik melayu ja, bagai bunga yang dah lama tak disiram, melayu menanti gugur menyembah bumi. Nak tau, ada dalam kajian, “melatah” hanya wujud istilahnya dalam masyarakat Melayu. Sebab apa munculnya istilah ini? Sebab istilah ini hanya untuk mereka yang paling jarang menggunakan akalnya, malas nak mendorong otak untuk berfikir. Asyik fikir makan tidur, makan tidur saja. Ingat la sikit, hari ini mungkin kita masih di atas tanah, siapa tahu esok lusa kita di bawahnya pula. Haa..apa yang kita nak jawab kat malaikat Munkar dan Nakir kalau tak cukup persediaan?”, ajak Aisyah meyakinkan sahabatnya itu.

“Ok ok.. set. Esok kelas mula pukul berapa?” tanya Husna mengalah.

“Sembilan pagi”, jawab Aisyah.

“Ok set. Esok ana ikut enti. Kita tengok yang mana paling best. Bertapa depan leptop ke bertapa depan tok guru, hihihi..”, gurau Husna tetapi dengan penuh tekad ingin melangkahkan kaki ke majlis ilmu, yang selalu diwarwarkan sebagai taman-taman syurga.

“Ni yang buat ana bertambah sayang kat enti ni. Haa..jangan fikir bukan-bukan pula. Sayang kerana Allah. Sekurang-kurangnya hati enti dah terbuka untuk melangkah ke majlis ilmu. Walaupun kita belum tahu natijahnya nanti apa yang akan terjadi kepada enti. Mana tau enti tertidur ke dalam pengajian nanti. Tapi lebih baik tidur sambil dengar mutiara ilmu daripada tidur dengar lagu, betul tak? Tapi percayalah, kalau nak tidur dalam pengajian ni sat saja, sementara Allah nak buka futuhat, nak bagi kefahaman. Kalau dah mula faham nanti, satu dhobit pun tak mau jatuh, inikan pula nak tidur, hmm.. jauh panggang dari api”, terang Aisyah menceritakan hakikat seorang tolibul ilmu.

“Sejak hari itu, Husna mula mengikuti jalan sahabat-sahabatnya. Tiada lagi perkataan boring terpacul keluar dari bibirnya,sebab memang tak ada masa pun untuk boring. Dia terlalu ghairah mengutip ilmu Allah yang selaus lautan. Takkan pernah habis diceduk. Walaupun kadang-kadang tidak dinafikan, dia terpaksa terlibat dengan aktiviti persatuan, tetapi dia sudah pandai membahagi masa, yang mana patut didahulukan dia dahulukan. Dia sedaya upaya menyusun jadual supaya aktivitinya dengan persatuan tidak menjejaskan waktu dia menuntut ilmu. Dia tidak mahu jatuh dhobid walaupun untuk satu perkataan sebab dia dah dapat satu perkara, iaitu.. halawah imu.

Friday, July 10, 2009

Dilema Natijah

Apabila imtihan dah habis, ramai melepaskan keluhan lega, lega kerana tak perlu lagi nak menatap kitab-kitab kuliah. Lega kerana tak perlu lagi nak bercekang mata, menghabiskan sukatan pelajaran. Apa yang pasti hadaf utama adalah kejayaan.
Kejayaan merupakan batu loncatan untuk kita terus melangkahkan kaki menggapai impian. Hidup tanpa mempunyai impian dan hadaf merupakan hidup orang yang zalim terhadap diri sendiri. Tiada diri yang hanya ingin dibelai hidup tanpa wawasan dan tujuan hidup. Diri setiap insan mempunyai kekuatan untuk cemerlang dan terus cemerlang. Kecundangan dalam hidup hanyalah sebagai titik tolak ke arah hidup lebih cemerlang.
Hiduplah untuk cemerlang, cemerlangkan diri sendiri dan cemerlangkan diri orang lain. Ayuh bersama melangkah ke arah kecemerlangan.. SALAM KECEMERLANGAN YANG BERPANJANGAN :)

دعاء الإستغاثة


-للعارف بالله سيدي محمد بن ناصر الدرعي (رضي الله عنه) المتوفى 1085ه دفين زاوية بتامكروت بالمغرب الأقصى -

يا من إلى رحمته المفر# ومن إليه يلجأ المضطر
وياقريب العفو يا مولاه # ويا مغيث كل من دعاه
بك استغثنا يا مغيث الضعفا # فحسبنا يا رب أنت وكفى
فلا أجل من عظيم قدرتك # ولا أعز من عزيز سطوتك
لعز ملكك الملوك تخضع # تخفض قدر من تشا وترفع

والأمر كله إليك رده # وبيديك حله وعقده
وقد رفعنا أمرنا إليك # وقد شكونا ضعفنا عليك
فارحمنا يا من لا يزال عالما # بضعفنا ولا يزال راحما
أنظر إلى ما مسنا من الورى # فحالنا من بينهم كما ترى
قد قل جمعنا وقل وفرنا # وانحط ما بين الجموع قدرنا
واستضعفونا شوكة وشدة # واستنقصون عدة وعدة
فنحن يا من ملكه لا يسلب # لذنا بجاهك الذي لا يغلب



Wednesday, June 17, 2009

Mujahadah kena kuat


Seusai imtihan, apakah yang bermain di minda para penuntut ilmu? Adakah menganggapnya sebagai "merdeka" seperti yang sering kali kita dengar. Biarlah apa pun aktiviti para penuntut ilmu sekalian selepas imtihan, pastikan ianya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Bagi tolibul ilmu yang hakiki, jiwanya tidak akan puas untuk mencari ilmu. Peluang sebegini akan digunakan untuk mencari dan meredah di mana sahaja peluang yang terbuka untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu kurniaan Ilahi. Semoga anda berjaya dalam usaha pencarian anda. Belajar, beramal dan sampaikan. Apalah ertinya ilmu yang penuh didada jika tidak diamalkan. Ilmu tidak akan dapat diwarisi kecuali disertakan dengan amalan.
Salam mujahadah dalam mencari ilmu Allah. Kita adalah hamba yang dipilih oleh Allah untuk mempelajari ilmuNya. Manfaatkanlah sepenuhnya agar tidak menyesal di hari muka.