Wednesday, June 17, 2009

Mujahadah kena kuat


Seusai imtihan, apakah yang bermain di minda para penuntut ilmu? Adakah menganggapnya sebagai "merdeka" seperti yang sering kali kita dengar. Biarlah apa pun aktiviti para penuntut ilmu sekalian selepas imtihan, pastikan ianya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Bagi tolibul ilmu yang hakiki, jiwanya tidak akan puas untuk mencari ilmu. Peluang sebegini akan digunakan untuk mencari dan meredah di mana sahaja peluang yang terbuka untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu kurniaan Ilahi. Semoga anda berjaya dalam usaha pencarian anda. Belajar, beramal dan sampaikan. Apalah ertinya ilmu yang penuh didada jika tidak diamalkan. Ilmu tidak akan dapat diwarisi kecuali disertakan dengan amalan.
Salam mujahadah dalam mencari ilmu Allah. Kita adalah hamba yang dipilih oleh Allah untuk mempelajari ilmuNya. Manfaatkanlah sepenuhnya agar tidak menyesal di hari muka.

Sunday, June 7, 2009

Exam sampai boring


Salam imtihan buat tolibul ilmi fillah, yang masih bergelut dengan buku dan kitab-kitab kuliah sebab imtihan masih belum tamat. Sebenarnya ketika artikel ni sedang ditaip, exam ana pun masih berbaki dua madah lagi. Kami sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar perlu bergelut paling kurang sebulan untuk menghadapi imtihan. Oleh itu bukanlah menjadi sesuatu yang menghairankan apabila terdengar kata-kata: "aduh, boring dah dok exam ni..bila nk habis, kan best kalau belajar saja, tak payah exam".
Fenomena ini terjadi apabila hari-hari terpaksa menghadap kitab kuliah yang tentunya bukan sedikit jumlahnya. Memang tidak dinafikan bahawa apa yang termaktub pada sijil bukanlah ukuran ilmu sebenar, tetapi tidak dapat tidak, sebagai pelajar, imtihan tetap perlu dihadapi sebagai medan pengujian tahap kesungguhan kita belajar.
Percaya atau tidak, dalam kehidupan kita yang tidak dirangsang, kita masih belum memanfaatkan kuasa otak yang Allah anugerahkan kepada kita. Ini hanya terbukti apabila imtihan hanya berbaki sehari tetapi dua buah kitab belum dihadam. Dalam keadaan yang begitu mendesak, kita dapat mendesak otak kita untuk diperah sehabis keringat, untuk memastikan dua buah kitab tersebut berjaya dikhatam sebelum kaki melangkah ke dewan peperiksaan. Nah! disini sebenarnya kuasa otak kita, kita sebenarnya MAMPU tapi yang menghalang ialah MALAS.. Selamat berjuang!
Memetik kalam hukamak, "ilmu tidak dapat diwarisi kecuali dengan beramal", dan ingatlah sentiasa pesanan guru Imam Syafie kepadanya: "cahaya Allah(ilmu) tidak akan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat"

Thursday, June 4, 2009

Muqoddimah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Atas nama agama Islam adalah agama nasihat, ana tergerak hati untuk mereka blog. Walaupun ana ni bukanlah ahli dalam memberi nasihat, tapi rasanya tidaklah salah untuk saling tegur-menegur, memberi apa yang termampu dan sedia menerima teguran. Hidup ini tak indah jika berseorangan. Hidup yang terindah berlegar dalam masyarakat yang harmoni. Saling memberi peringatan atas kealpaan. Manusia dianugerahkan dengan perasaan sunyi jika bersendirian, maka tidak hairanlah jika kita memang berhajat untuk bergaul dan bermasyarakat. Tapi tetap ada had dan batasnya, jika pergaulan dengan masyarakat akan membuatkan kita leka dalam ibadat kepada Allah, maka tinggalkanlah pergaulan tersebut. Cinta Allah tetap no 1.
Dalam kegairahan manusia mengejar impian hidup di dunia sementara ini, jangan sesekali kita terlupa dariNYA kita datang dan kepadaNYAlah kita akan kembali.
Salam mencari Redho Tuhan. Hidup ini indah di bawah lembayung keredhaanNYA. (",)