Sunday, June 7, 2009

Exam sampai boring


Salam imtihan buat tolibul ilmi fillah, yang masih bergelut dengan buku dan kitab-kitab kuliah sebab imtihan masih belum tamat. Sebenarnya ketika artikel ni sedang ditaip, exam ana pun masih berbaki dua madah lagi. Kami sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar perlu bergelut paling kurang sebulan untuk menghadapi imtihan. Oleh itu bukanlah menjadi sesuatu yang menghairankan apabila terdengar kata-kata: "aduh, boring dah dok exam ni..bila nk habis, kan best kalau belajar saja, tak payah exam".
Fenomena ini terjadi apabila hari-hari terpaksa menghadap kitab kuliah yang tentunya bukan sedikit jumlahnya. Memang tidak dinafikan bahawa apa yang termaktub pada sijil bukanlah ukuran ilmu sebenar, tetapi tidak dapat tidak, sebagai pelajar, imtihan tetap perlu dihadapi sebagai medan pengujian tahap kesungguhan kita belajar.
Percaya atau tidak, dalam kehidupan kita yang tidak dirangsang, kita masih belum memanfaatkan kuasa otak yang Allah anugerahkan kepada kita. Ini hanya terbukti apabila imtihan hanya berbaki sehari tetapi dua buah kitab belum dihadam. Dalam keadaan yang begitu mendesak, kita dapat mendesak otak kita untuk diperah sehabis keringat, untuk memastikan dua buah kitab tersebut berjaya dikhatam sebelum kaki melangkah ke dewan peperiksaan. Nah! disini sebenarnya kuasa otak kita, kita sebenarnya MAMPU tapi yang menghalang ialah MALAS.. Selamat berjuang!
Memetik kalam hukamak, "ilmu tidak dapat diwarisi kecuali dengan beramal", dan ingatlah sentiasa pesanan guru Imam Syafie kepadanya: "cahaya Allah(ilmu) tidak akan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat"

No comments:

Post a Comment